Tuesday, March 25, 2008

Urus Harta Pusaka Kecil

Halaman ini untuk mengurus harta yang dinilai bawah RM 1/2 juta. Kalo lebih kena gi Mahkamah.

1. Dapatkan borang dari pejabat pusaka kecil.
2. Baca dengan teliti.
3. Buat homework sikit pasal borang ini.
4. Kumpul geran-geran yang ada pada kaitan dengan simati yang
mempunyai pertalian dekat seperti simati (sigunu) itu adalah ayah ,
ibu atau atuk . Kalau tiada pertalian dekat jangan dok menggatal buat
benda nie.
5. Buat salinan sijil kematian, photostate IC adik beradik sebapa dan
isterinya atau suaminya(Kad pengenalan Terbaharu KPT baru), geran
tanah, saham , geran kereta, buku bank apa sahaja yang boleh
dijadikan harta. Dua set salinan photosate
6. Buat mesyuarat dengan keluarga. Bincang bebaik, Siapa yang berhak
atas harta. Bahagi dengan adil ikut faraid lagi bagus.
7. Setelah mencapai persetujuan. Tulis surat rasmi dengan
memaklumkan kepada pejabat pusaka kecil bahawa harta-harta
tersebut diberikan kepada orang-orang yang berhak (waris) dan
salinan KPT
sekali.

Contoh :

Ali b Seman 750213104455 kereta proton.
Aminah bt Seman 770301107898 rumah taman (Alamat
sekali)
Dollah b Seman 711010101010 Kebun (no lot)

8. Dah siap surat jangan lupa sain ramai ramai waris pada harta yang
dituliskan pada surat tersebut. sebagai menandakan bersetuju. Kelak
nanti masa bicara harta pusaka, surat iu dijadikan sandaran
persetujuan waris-waris.

9. Borang harta pusaka barulah boleh ditulis. Baca betul-betul Isikan
selengkap yang boleh. Kalau tak tahu buka mulut tanya depa.

10. Jika sigunu ade harta seperti tanah, Kena buat carian rasmi. Satu
carian rasmi berharga RM 50.00 hinggit. Kena gi pejabat
pendaftaran tanah , katakan hendak buat carian rasmi tanah sigunu
Depa mesti tanya cukai dah bayar kaa. kalau belum bayar kalau dah
tunjukkan bukti pembayaran (benda ini setiap tahun kena bayar.
surat datang ke rumah)Satu resit dikeluarkan dan kome kena bayar
kat kaunter pembayaran. then dah bayar bawa balik resit dan serah
pada bahagian pendaftaran tanah.
11. Dah dapat carian rasmi kena photostate 2 salinan.
12. Kalao gren hilang..refer pada berita yang aku tulis sebelum tajuk ini.
13. Dah kumpul semua bahan yang diperlukan. Bawa semuanya dah
tunjukkan kepada kerani harta pusaka. minta tolong semak. Then
kalo ok baru buat angkat sumpah depan pegawai sumpah. Biasanya
kat pejabat tanah ade pegawainya.
14. Dah angkat sumpah dan sain bawa ke pejabat harta pusaka dan
tunjukkan semuanya. Satu resit akan dikeluarkan dan bayar pada
kaunter pembayaran.
15. Jika sampai stage in maka anda akan menunggu surat dari pejabat
tanah untuk bicara kuasa.
16. Tamat

No comments: