Thursday, March 13, 2008

Cara Urus Jika Geran Hilang

1. Buat Carian Rasmi RM50.00
2. Semak betul ker ade nama bapa, ibu atau datuk dan nenek dalam carian rasmi
3. Harta pusaka perlu geran asli but kalau hilang jangan gelabah.
4. Kalau memang tak jumpa. Langkah nie mesti di patuhi
5. Ambil surat akaun bersumpah kat pejabat pendaftaran tanah untuk geran hilang.
6. Dalam surat tu perkara ini perlu di buat:
A. Laporan polis (RM2.00) dan disahkan bahagian pentadbiran polis.
No geran dan hakmilik perlu ada dalam laporan polis tersebut. Bila
hilang, IC origenal pengadu.
B. Dalam surat akuan hilang di pejabat tanah kena tulis nama
pengadu, hubungan dengan waris..kalau kata kawan waris dok
jangan menggatal pi buat benda nie. Ade format perlu
dipatuhi.contoh ade pada pejabat tanah. SILA PAKAI PEN
DAKWAT BASAH WARNA HITAM Dah siap tulis, kemudian
cari Pesuruhjaya sumpah untuk sahkan akaun sumpah nie..
Biasanya kat pejabat tanah ade pesuruhjaya sumpah..buka mulut
dan berkata dengan manis..tanya ..Errr bang...kat mana
pesuruhjaya sumpah?. Sure siap depa hantar sampai pintu pejabat.
IC ori jangan lupa kena tunjuk depan depa. Dah chop gi buat
matikan setem hasil.
C. Setem Hasil RM 10.00 dapatkan di pejabat pos yang berhampiran
dan di matikan di pejabat tanah bahagian
matikan setem. ade form kena isi kat sini. Dah siap kat matikan
setem gi balik pejabat pendaftaran tanah untuk ambil resit
bayaran untuk proses geran hilang.
D. Satu geran hilang RM 200.00. Kalau 5 geran hilang kira sendiri.
So jangan hilang geran tanah.
E. Drafting RM 10.00
F. Dapat resit dari pejabat pemdaftaran tanah sila bayar kat kaunter
pembayaran. Kalau satu geran hilang RM200 + drafting RM 10.00
+ RM 10 untuk MISC..(aku dah lupa laa) Total bayaran kat kaunter
tu berjumlah RM220 sahaja.
G. Paling cepat depa kat 6 bulan..
H. Surat pemberitahuan akan dikeluarkan untuk maklumat kita...
I . Tunggu sehingga depa hantar surat kat kita pakai pos.
J. Tamat

12 comments:

ZaNNa said...

ooo..camtu..mekacih!!poning pale den..nak tiru nak boh kat blog sy..heehe!begune gak tulis2 gini..

WakMa'el Penyelaras JemariPintar.Com said...

saLam aLaik kawan.. 3mekaseh byk ek ats infO ni.. sharing is caring.. :)

DiS Creative House said...

Assalamualaikum.. kalau grand rumah y hilang kena pergi pejabat tanah jugak ke?

Unknown said...

surat smp tuan rumah hilang.bagaimana saya hendak menguruskan pembelian rumah..tolong bantu saya

Unknown said...

kalau geran hilang pastu no geran semua tak ingat tapi yg pasti nama tanah atas nama arwah ayah mcm mana pulak ya...pening kepala niat nak renovate rumah arwah ayah tak kesampaian lagi..

Unknown said...

dekat surat bayar cukai tanah tu ade no geran boss

Unknown said...

Sy nk tnya admin..merujuk pada penulisan admin yg bahagian c, matiakn setem perlu bayaran ke? Sbb sy diminta utk membayar rm400 something utk matikan setem tersebut.. mohon pencerahan dan pandangan admin..

Unknown said...

Sy nk tnya admin..merujuk pada penulisan admin yg bahagian c, matiakn setem perlu bayaran ke? Sbb sy diminta utk membayar rm400 something utk matikan setem tersebut.. mohon pencerahan dan pandangan admin..

Ari Jang said...

Boleh ke geran tanah/rumah tu dipajak kan setelah kematian pemilik?

Unknown said...

Sya prnah mohon baru masa geran rumah hilang xde buat report polis pn...skrg sya nk buat tuk geran tanah arwah abah plak..mmg nak report polis juga ye

Unknown said...

Salam tuan, saya nk tanya, geran rumah yang saya beli hilang, tapi bukan ori,saya dapat geran sementara sebb masih lagi berhutang dengan kerajaan, bagaimana untuk mendapatkan geran baru? dan apa kah yg perlu saya buat? sekian terima kasih tuan.

Unknown said...

assalamualaikum tuan...maaf sy perlukan sedikit pencerahan...apa maksud ruan 1 geran hilang rm200...geran ada berapa helai kesemuanya...sebab geran rumah arwah mak sy hilang...cari² memang tak jumpa dah..rumah masih tak di urus...rumah masih nama pemaju...arwah mak tak sempat tukar nama lagi...mohon pencerahan dari tuan...terima kasih...