Tuesday, March 25, 2008

Urus Harta Pusaka Kecil

Halaman ini untuk mengurus harta yang dinilai bawah RM 1/2 juta. Kalo lebih kena gi Mahkamah.

1. Dapatkan borang dari pejabat pusaka kecil.
2. Baca dengan teliti.
3. Buat homework sikit pasal borang ini.
4. Kumpul geran-geran yang ada pada kaitan dengan simati yang
mempunyai pertalian dekat seperti simati (sigunu) itu adalah ayah ,
ibu atau atuk . Kalau tiada pertalian dekat jangan dok menggatal buat
benda nie.
5. Buat salinan sijil kematian, photostate IC adik beradik sebapa dan
isterinya atau suaminya(Kad pengenalan Terbaharu KPT baru), geran
tanah, saham , geran kereta, buku bank apa sahaja yang boleh
dijadikan harta. Dua set salinan photosate
6. Buat mesyuarat dengan keluarga. Bincang bebaik, Siapa yang berhak
atas harta. Bahagi dengan adil ikut faraid lagi bagus.
7. Setelah mencapai persetujuan. Tulis surat rasmi dengan
memaklumkan kepada pejabat pusaka kecil bahawa harta-harta
tersebut diberikan kepada orang-orang yang berhak (waris) dan
salinan KPT
sekali.

Contoh :

Ali b Seman 750213104455 kereta proton.
Aminah bt Seman 770301107898 rumah taman (Alamat
sekali)
Dollah b Seman 711010101010 Kebun (no lot)

8. Dah siap surat jangan lupa sain ramai ramai waris pada harta yang
dituliskan pada surat tersebut. sebagai menandakan bersetuju. Kelak
nanti masa bicara harta pusaka, surat iu dijadikan sandaran
persetujuan waris-waris.

9. Borang harta pusaka barulah boleh ditulis. Baca betul-betul Isikan
selengkap yang boleh. Kalau tak tahu buka mulut tanya depa.

10. Jika sigunu ade harta seperti tanah, Kena buat carian rasmi. Satu
carian rasmi berharga RM 50.00 hinggit. Kena gi pejabat
pendaftaran tanah , katakan hendak buat carian rasmi tanah sigunu
Depa mesti tanya cukai dah bayar kaa. kalau belum bayar kalau dah
tunjukkan bukti pembayaran (benda ini setiap tahun kena bayar.
surat datang ke rumah)Satu resit dikeluarkan dan kome kena bayar
kat kaunter pembayaran. then dah bayar bawa balik resit dan serah
pada bahagian pendaftaran tanah.
11. Dah dapat carian rasmi kena photostate 2 salinan.
12. Kalao gren hilang..refer pada berita yang aku tulis sebelum tajuk ini.
13. Dah kumpul semua bahan yang diperlukan. Bawa semuanya dah
tunjukkan kepada kerani harta pusaka. minta tolong semak. Then
kalo ok baru buat angkat sumpah depan pegawai sumpah. Biasanya
kat pejabat tanah ade pegawainya.
14. Dah angkat sumpah dan sain bawa ke pejabat harta pusaka dan
tunjukkan semuanya. Satu resit akan dikeluarkan dan bayar pada
kaunter pembayaran.
15. Jika sampai stage in maka anda akan menunggu surat dari pejabat
tanah untuk bicara kuasa.
16. Tamat

Thursday, March 13, 2008

Cara Urus Jika Geran Hilang

1. Buat Carian Rasmi RM50.00
2. Semak betul ker ade nama bapa, ibu atau datuk dan nenek dalam carian rasmi
3. Harta pusaka perlu geran asli but kalau hilang jangan gelabah.
4. Kalau memang tak jumpa. Langkah nie mesti di patuhi
5. Ambil surat akaun bersumpah kat pejabat pendaftaran tanah untuk geran hilang.
6. Dalam surat tu perkara ini perlu di buat:
A. Laporan polis (RM2.00) dan disahkan bahagian pentadbiran polis.
No geran dan hakmilik perlu ada dalam laporan polis tersebut. Bila
hilang, IC origenal pengadu.
B. Dalam surat akuan hilang di pejabat tanah kena tulis nama
pengadu, hubungan dengan waris..kalau kata kawan waris dok
jangan menggatal pi buat benda nie. Ade format perlu
dipatuhi.contoh ade pada pejabat tanah. SILA PAKAI PEN
DAKWAT BASAH WARNA HITAM Dah siap tulis, kemudian
cari Pesuruhjaya sumpah untuk sahkan akaun sumpah nie..
Biasanya kat pejabat tanah ade pesuruhjaya sumpah..buka mulut
dan berkata dengan manis..tanya ..Errr bang...kat mana
pesuruhjaya sumpah?. Sure siap depa hantar sampai pintu pejabat.
IC ori jangan lupa kena tunjuk depan depa. Dah chop gi buat
matikan setem hasil.
C. Setem Hasil RM 10.00 dapatkan di pejabat pos yang berhampiran
dan di matikan di pejabat tanah bahagian
matikan setem. ade form kena isi kat sini. Dah siap kat matikan
setem gi balik pejabat pendaftaran tanah untuk ambil resit
bayaran untuk proses geran hilang.
D. Satu geran hilang RM 200.00. Kalau 5 geran hilang kira sendiri.
So jangan hilang geran tanah.
E. Drafting RM 10.00
F. Dapat resit dari pejabat pemdaftaran tanah sila bayar kat kaunter
pembayaran. Kalau satu geran hilang RM200 + drafting RM 10.00
+ RM 10 untuk MISC..(aku dah lupa laa) Total bayaran kat kaunter
tu berjumlah RM220 sahaja.
G. Paling cepat depa kat 6 bulan..
H. Surat pemberitahuan akan dikeluarkan untuk maklumat kita...
I . Tunggu sehingga depa hantar surat kat kita pakai pos.
J. Tamat

Wednesday, March 12, 2008

Harta pusaka duit ASB dan ASN

Ok Salam semua..

Ini cerita tentang duit kat bank jika ASB ,ASN, ASW sigunu.

Jika daddy yang meninggal so mummy yang dapat RM200. dan RM 1800 dan sebaliknya jika simpanan cecah RM10000 keatas (Hang tanya Bank dulu). Kalau dua-dua minggal..ko waris-warisnya (adik beradik sama ibu dan ayah, anak tiri, mak tiri) yang dapat. Macamana caranya.

1. If daddy meninggal.. surat kematian photostate, ic wife dia photostate.
2. Gi ke kaunter ASB mana-mana bank yang menguruskannya.
3. Pegawai bank isikan satu form dan wife kena sain depan depa. Kalo daddy ade 3 isteri semua mesti hadir. kalau seorang isteri sebagai wakil pun boleh. nanti cek atas nama wakil tersebut . then bahagila sama rata..
4. Time tu dapat RM200.
5. Prosesnya lebih kurang 30 minutes kut at least.Setelah semua form dah siap. cek RM 1800 akan menyusul atas nama isteri sigunu. Let say dalam masa 2 weeks.
6. Duit ASB akan di hantar ke amanah raya untuk proses pembahagian ikut faraid.
7. tamat

urus sendiri harta pusaka

assalamualaikum dan selamat sejahtera.. nie nak kongsi canner urus harta pusaka if your daddy, mummy, atuk meninggal then semua saudara suruh ko settlekan..Jangan panic . ko buat apa yang aku pesan.....

Perhatian harta pusaka bab duit khairat kerajaan negeri (Kelantan N Selangor) Negeri lain x dek kut.

1. Jika daddy meninggal settle dulu jenazahnya ikut cara koorang punya
agama ,kalo islam adakan tahlil 1 hari pun dah cukup..kalau nak buat
banyak hari tahlil..suka hati korang yang banyak duit.
2. Siapkan photostate ic sigunu (simati), surat kebumi 30 set(terpulang)
dalam kertas A4 (IC sekali ngan surat kebumi)but simpan 10 set untuk
ko.yang lain bagi saudara yang
hadir coz untuk melawat jenazah. Kalau boleh sebelum mayat tu di
kebumikan.
3. Jika meninggalkat hospital..depa siapkan surat semua dan kita hantar
surat dari hospital ke pejabat pendaftaran pada hari bekerja. tak lama
prosesnya..kaunter daftar kematian dan kelahiran
4. IC sigunu pendaftaran ambil untuk simpanan diaorang..sebab orang
dah mati manaade ic kan x gitu.
5. Dapat sijil kematian, photostate banyak sikit simpan 10 set.
6. Kalu duduk kan selangor or kelantan , kerajaan negeri bagi duit
khairat kematian RM2000 (dua ribu ringgit) dan RM2500 (dua ribu
lima ratus ringgit) jika warga emas...x tak warga emas x dapat .Ambil
surat permohonan kat ketua kampung or pejabat depa..sahkan oleh
depa dan chop ketua kampung. photostate surat ic ko sebagai waris,
sijil kematian sigunu. hantar sendiri kat pejabat daerah tanah
bahagian kewangan..original kena tunjukkan kat pejabat nanti..nak
buat pengesahan.



7. Jika settle leh dapat masa tu juga..x pun depa bagi cek dalam tempoh
seminggu.
8. Tamat